logo
Memudahkan pensijilan Halal untuk PKS
Hampir 90 peratus daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negara tidak memiliki sijil halal
“ New Straits Times – August 1, 2019 “
Pattern01

Tahukah anda?

Kebanyakan Usahawan kurang jelas bagaimana memulakan proses pensijilan Halal bagi syarikat masing-masing

Mengapa?

Pensijilan halal menjamin produk atau perkhidmatan anda sesuai untuk pengguna beragama Islam, selamat, bersih dan berkualiti, serta dapat meningkatkan keyakinan pengguna dan daya saing dalam pasaran halal global.

Apa?

Antara pra-syarat Pensijilan Halal adalah, syarikat telah beroperasi, berdaftar dengan SSM, mempunyai lesen perniagaan yang sah, menghasilkan produk atau perkhidmatan halal, dan menggunakan bahan-bahan yang disahkan Halal.

Bagaimana?

Sebelum mengemukakan permohonan, anda perlu mengenal pasti jurang pematuhan, dan membangunkan kesediaan Halal seperti menyediakan dan mengumpul dokumen dan rekod Halal, serta menghadiri latihan kesedaran

Dimana?

Pemohon Pensijilan Halal Malaysia perlu dibuat melalui sistem permohonan MYeHALAL yang dikendalikan oleh JAKIM

Siapa?

JAKIM merupakan pihak berkuasa utama yang mengeluarkan Pensijilan Halal Malaysia, dengan penglibatan Jabatan Agama Islam di peringkat negeri (JAIN).

Bila?

Anda perlu menjalani audit kecukupan dan audit lapangan bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan pensijilan Halal. Sijil Halal akan dikeluarkan selepas keputusan audit dipersetujui oleh Panel Pengesahan Halal

Pattern02
Pattern03

behalal.co berinovasi untuk memudahkan hidup anda

Kenalpasti tahap ketersediaan anda
Ambil iClinic iaitu sistem penilaian bagi mengenalpasti tahap ketersediaan dan keperluan yang perlu dipenuhi oleh usahawan bagi mendapatkan pensjilan Halal mengikut jenis skim/perniagaan dan kategori syarikat.

Sertai Program bimbingan Halal yang komprehensif
Sertai program bimbingan berdurasi 3 bulan bagi membina sistem Halal syarikat dengan tepat melalui bimbingan terperinci dalam program.
Sertai Program bimbingan Halal yang komprehensif
Sertai program bimbingan berdurasi 3 bulan bagi membina sistem Halal syarikat dengan tepat melalui bimbingan terperinci dalam program.
Serahkan permohonan halal anda kepada JAKIM/JAIN dengan yakin
Permohonan hendaklah dihantar ke portal MYeHALAL JAKIM oleh peserta. beHalal.co akan membimbing peserta berkenaan proses permohonan yang betul.

Mulakan dengan mengenalpasti tahap ketersediaan halal anda sekarang!

Nak tahu lebih lanjut tentang iClinic dan Program Halal-Ready?