Bagi umat Islam, mencari makanan halal bukan sekadar pilihan, ia merupakan satu fardhu yang dituntut oleh agama. Sijil halal memberikan jaminan dan membolehkan kita menjamu selera dengan tenang, mengetahui bahawa keperluan diet kita dihormati. Namun, impaknya jauh lebih besar daripada itu.
Di Malaysia, dengan majoriti penduduk merupakan Muslim, memiliki logo pensijilan halal di permis perniagaan anda boleh menjadi pengubah permainan. Ia merupakan alat pemasaran yang hebat, yang dapat memberi isyarat kepada kumpulan pengguna yang besar bahawa restoran anda menghormati kepercayaan dan memenuhi keperluan pemakanan bagi penganut beragama Islam. Ini boleh membawa kepada:
Ramai yang mempunyai tanggapan yang salah bahawa pensijilan halal hanya tertumpu kepada keperluan agama. Bukan sahaja bertujuan mematuhi asas hukum Syariah, ianya merangkumi faktor yang lebih mendalam daripada itu.
Pensijilan halal, terutamanya daripada JAKIM, dapat memastikan makanan yang disediakan adalah halalan toyyiban – halal dan baik. Ini bermakna penyediaan makanan dan sumber makanan memenuhi piawaian ketat yang ditetapkan oleh badan kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan mematuhi standard piawaian kualiti Malaysia.
Fikirkan seperti ini:
Pendekatan komprehensif ini menjadikan pensijilan halal sebagai aras tanda kualiti dan keselamatan yang dapat memberi manfaat kepada semua pengguna, bukan hanya kepada umat Islam.
Walaupun sesetengah peniaga kecil yang menjual makanan mungkin lebih mengutamakan jumlah pelanggan berbanding pensijilan, mendapatkan status halal boleh membuka pintu kepada peluang pertumbuhan perniagaan yang signifikan.
Hotel, syarikat besar, dan penganjur acara sering mengkehendaki pensijilan halal daripada pembekal makanan mereka. Ini bermakna dengan memiliki pensijilan itu boleh menjurus kepada:
Walaupun JAKIM menyasarkan untuk memproses permohonan dalam masa 15 hari, adalah penting pemilik perniagaan melakukan persediaan dengan lebih awal. Mendapatkan pensijilan halal memerlukan komitmen untuk memenuhi piawaian tertentu. Ini melibatkan:
Walaupun memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi, mendapatkan pensijilan halal adalah satu pelaburan yang berbaloi untuk mana-mana pemilik restoran yang ingin berkembang maju dalam pasaran yang pelbagai dan berkembang.
Mengharungi proses untuk mendapatkan pensijilan halal mungkin sesuatu yang mencabar, tetapi terdapat satu sumber baharu yang tersedia untuk menjadikan perjalanan anda lebih mudah. Penilaian klinik behalal.co menawarkan cara yang cepat dan berpatutan untuk memahami dengan tepat apa yang perlu dilakukan oleh perniagaan anda untuk mencapai pematuhan halal.
Penilaian dalam talian yang hanya mengambil masa selama 15 minit ini memberikan gambaran keseluruhan dan keperluan yang komprehensif, mengikut operasi khusus perniagaan anda. Hanya dengan RM240, anda boleh mendapatkan gambaran yang berharga serta nasihat dari professional yang berpengalaman untuk memulakan perjalanan pensijilan halal anda dengan yakin.